Kepentingan Industri Francais
Perkembangan perniagaan francais memberi pelbagai manfaat kepada sesebuah negara, terutamanya dari segi ekonomi. Berikut adalah antara sumbangan perniagaan francais kepada ekonomi sesebuah negara:
Ø Merangsang pertubuhan ekonomi menerusi peningkatan aktiviti keusahawanan;
Ø Membantu dalam pemindahan kepakaran, teknologi dan idea-idea baharu dalam pembangunan ekonomi;
Ø Menggalakkan perdagangan antarabangsa menerusi pakej pelantikan francaisi induk oleh francaisor tempatan, sekali gus menyumbang ke arah pemantapan pertukaran mata wang negara;
Ø Menyediakan peluang perniagaan kerana perniagaan kecil milik francaisi sangat mudah dan cepat menyumbang kepada pengambilan tenaga kerja.
Sistem francais boleh menjadi satu aplikasi dalam projek penswastaan dengan melibatkan lebih ramai usahawan mengendalikan projek atau perniagaan berdasarkan sistem yang sama. Projek Rangkaian Hotel Seri Malaysia ialah satu contoh yang berjaya dalam kategori ini. Selain itu, sistem perniagaan francais juga memberi kebaikan kepada pengguna dan juga pertumbuhan ekonomi negara. Melalui sistem francais, pengguna dapat menikmati kemudahan produk atau servis yang ditawarkan melalui rangkaian perniagaan yang besar dengan persekitaran yang konduktif. Di samping itu juga, pengguna akan memperoleh perkhidmatan dan kemudahan perniagaan yang moden mengikut peredaran masa.
Jika dilihat dari sudut ekonomi, situasi ini akan membantu merangsang lagi pertumbuhan perniagaan dengan mewujudkan usahawan-usahawan tempatan yang akan menawarkan produk yang berjenama. Melalui sistem francais juga satu transformasi kepakaran, teknologi dan idea-idea baharu akan diperoleh oleh usahawan yang akan membantu pertumbuhan ekonomi setempat. Selain itu, senario ini akan menggalakkan perdagangan antarabangsa sekali gus menyumbang kepada pertukaran mata wang negara di samping membuka peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Industri francais bukan sahaja penyumbang kepada pendapatan
tahunan negara malah ianya juga penting kepada usahawan yang ingin menceburi
bidang perniagaan. Kepentingan industri francais kepada usahawan disimpulkan
seperti berikut:
1. Sistem francais membolehkan suatu perniagaan berkembang
dan selaras dengan kehendak pasaran dan trend masa kini.
2. Sistem francais membolehkan suatu perniagaan itu dikenali
di serata tempat dengan bantuan francaisi yang telah dilantik.
3. Sistem francais membolehkan suatu perniagaan itu
beroperasi seperti biasa walaupun kedai induk tidak beroperasi.
4. Sistem francais membolehkan pendapatan perniagaan
berlipat kali ganda mengikut jumlah
francais yang diperkenalkan dan bilangan francaisi yang dilantik, berbanding
dengan perniagaan runcit biasa yang hanya mendapat satu pendapatan iaitu dari
pendapatan perniagaan runcit itu sendiri.
5. Sistem francais ini berkekalan sepanjang masa sama
seperti sistem francais yang dikenali seperti KFC,McDonald, PizzaHut, Subway,
dan lain-lain. Dan yang paling penting sekali adalah pendapatan perniagaan akan berkekalan
walaupun salah satu francaisi tidak
berniaga lagi.
6. Sistem francais dan perdagangan dari perniagaan runcit
adalah gabungan terbaik untuk perniagaan masa kini kerana permintaan pengguna
kepada barangan runcit tidak terhad.
7. Sistem francais memerlukan modal yang rendah berbanding
pembukaan perniagaan runcit.
No comments:
Post a Comment